Friday, April 27, 2012

hati, tenanglah

Tak sangka ya. Pedih jugak rupanya bila disakiti sekali lagi.

Maknanya, aku masih terlalu hijau dalam kehidupan ini.
Anggapan aku, bila dah besar begini, tiada lagi rasa terluka.

Tapi ramalan aku itu serupa kanak-kanak yang merasakan dunia itu indah belaka.
Ya, aku masih lagi belum matang untuk menilai sesuatu.
Realitinya, aku masih naif dan kosong dalam menjalani kehidupan.
Syukur, aku masih ada keluarga yang tiada berbelah bagi sokongannya, kawan-kawan yang sentiasa ada di sisi dan datang tanpa dipinta apabila hati dalam keresahan tiada siapa mengetahui. 
Kalian tahu siapa kalian dan ketahuilah aku sayanggggg kalian. Uhibbukifillah.
Terima kasih ALLAH kerana memberikan aku kekuatan. 
Jangan ditarik nikmat ini, salurkan kekuatan ku ini untuk membantu orang lain.

Sekarang aku kenal, mana intan dan permata, mana jauhari dan manikam, mana sahabat ketika susah dan senang, mana kawan dan lawan.

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ


No comments: