Wednesday, January 7, 2015

πŸ’πŸŒΈπŸŒΉπŸŒΌ

I just have to share this. It's so beautiful.

Credit: Fedtri Yahya's IG

***********
Diceritakan oleh Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

Pada suatu hari Rasulullah saw duduk bersama sahabatnya & bertanya kepada mereka.

Pertanyaan pertama ditujukan kepada Saidina Abu Bakar ra: Apa yang kamu suka dari dunia ini? 
Dan berkatalah Saidina Abu Bakar, aku suka dari dunia ini 3 perkara:

1. Duduk bersama Rasulullah saw.
2. Melihat wajah mu Ya Rasulullah saw.
3. Aku korbankan harta ku untuk mu Ya Rasulullah saw.

Lalu Rasullah saw bertanya kepada Umar ra: Bagaimana pula dengan mu wahai Umar?

Jawab Saidina Umar, ada 3 perkara juga yang aku suka:

1. Membuat kebaikan walaupun dalam keadaan manusia tidak mengetahuinya.
2. Mencegah kemungkaran walaupun dalam keadaan terang-terangan.
3. Berkata yang benar walaupun pahit.

Bagaimana pula denganmu wahai Uthman?

Berkata Saidina Uthman ra, ada 3 perkara yang aku suka:

1. Memberi makan.
2. Memberi Salam.
3. Solat malam di waktu manusia tidur.

Dan bagaimana pula dengan kamu wahai Ali?

Jawab beliau, aku juga cintakan 3 perkara:

1. Memuliakan tetamu.
2. Berpuasa di musim panas.
3. Dan memukul musuh dengan pedang (jihad). Kemudian bertanya Rasulullah saw pada Abu Dzar, apa yang kamu suka di dunia ini?

Berkata Saidina Abu Dzar ra, aku suka 3 perkara di dunia ini:

1. Lapar.
2. Sakit.
3. Mati.

Rasulullah bertanya, kenapa wahai Abu Dzar?
Jawabnya:

Aku sukakan lapar kerana untuk membersihkan hati.
Aku sukakan sakit kerana untuk mengurangkan dosaku.
Aku sukakan maut kerana untuk bertemu tuhanku.

Kemudian bersabdalah Rasulullah saw, aku cintakan dari dunia ini 3 perkara:

1. Wangian.
2. Wanita yang solehah.
3. Sembahyang menjadi penyejuk hati ku.

Di waktu itu turunlah malaikat Jibril as memberi salam pada Rasulullah saw & para sahabat.

Kemudian malaikat Jibril mengatakan, aku sukakan di dunia kamu ini 3 perkara:

1. Menyampaikan risalah.
2. Menunaikan amanah.
3. Cinta terhadap orang miskin.

Lalu malaikat Jibril naik ke langit & turun sekali lagi ke bumi & berkata: Sesungguhnya Allah swt mengucapkan salam kepada kamu semua & Allah swt berkata sesungguhnya Allah suka pada dunia kamu ini 3 perkara:

Lidah berzikir, hati kusyuk & jasad yg sabar ujian

**********
Will be deactivating Facebook and Twitter after finals. Blog, Instagram and Gmail will be the only media for me to stay virtual. I think it is time to go back and be conservative. The time when I only rely on books, TV and newspapers as my only source of knowledge. That's the only way I can sharpen back my thought and think as fast as lightning (literally).

Sunday, December 28, 2014

2014

Salam.

It's been a year since my last post. I don't even know if anyone still read this blog. For surely I am because I need to open my blog everyday to get my daily dose reading. I have so many things to write since blog is the only medium that I can share my personal feeling without being "interrogated" by other people. No, I'm not gonna delete this blog. It's part of my memory. Will write back very soon. But the time does not allow me to do so this year. And plus, so many things happened throughout the year. Good and bad, sweet and sour, Alhamdulillah. They have taught me a lot. Insya-Allah, in few weeks time, I'm going to start another phase in my life. I'll be graduating soon from UIA after struggling for 3 1/2 years. Currently sitting for final examinations. Pray for me so that everything will be going smoothly and end with His blessing. 

Approaching 2015, I hope everything that I have already planned will come to reality given if it's the best decision for me. Gonna share some big news soon. :) No New Year resolution, same old me. Living the life as it is with constant struggle to be a better of servant of Allah, a solehah daughter for my parents, a not-so-garang sister to my siblings and an awesome person to others. I pray to Allah so that He will shower and open His door of rizq endlessly to my family and all of you. Biidznillah.


Augusta, Perth. January 2013
Right now, I miss travelling the most.


Tuesday, December 31, 2013

You'll never know

Even the most optimistic person could not handle being positive all the time. Being a strong person does not mean you have a strong heart. This kind of person might have the most fragile heart you never know. 

Staying composed in front of others while solving conflicts, but crying out loud in the midst of shower to cover his devastation. 
You will never know. 

The secrets that he kept maybe the greatest fear and worry that entangle his thought every second.
You will never know.

Don't always expect that a person is okay. It just he does not tell his story to others but deeply inside he needs you to listen to his.
You will never know.

***

2014 is coming. 
2013 is a remarkable year for me. 
May God ease everything for all of us.

Sunday, November 17, 2013

I still vividly remember every single thing. Never once I forget no matter how hard I try to do so.





Saturday, November 16, 2013

Living as a 'normal student'

Tak tahulah macam mana aku boleh bertahan for almost three years without being active in any society and organization. Entah mana dapat courage untuk tahan rasa membuak-buak jadi seorang yang hidupnya tak jejak tanah sepanjang masa, tekejar-kejar dengan masa, berlawan dengan tekanan dan hidup serupa zombie. Jujur, sebenarnya susah nak adapt dengan masa yang terlampau free sampai satu tahap tak tahu nak buat apa.  My social circle is my meeting and event. Out from that, I am literally alone. Tapi sebab rasa bosan going through the same life for almost 8 years with the exact routine, I give up that life  in my undergraduate. Walaupun ramai orang paksa suruh masuk itu ini, jadi itu ini, I just can't give my commitment like I used to. Ramai orang kata masa belajar dekat universiti ni lah kita kena participate, be active apa semua untuk bina leadership skill. Dan sepatutnya, orang yang dah ada pengalaman, patut terus advance lagi. But not in my case. Most of my friends back in high school would be surprised to know if I told them that I am no longer busy, restless, stressful Asyiqin that they used to know.

Tipu lah kalau kata hati ni tak rasa cemburu tengok orang pegang jawatan sana-sini, sibuk dengan meeting hari-hari. Sebab half of my life, as far as I live now, itulah makanan jiwa sehari-harian. But I choose this way. Sebenarnya nak uji ketahanan diri untuk tengok mampu tak lalui tekanan yang orang anggap remeh like deal with groupmates, kawan-kawan sebaya yang lain personaliti. Never did I know, it has so much stress to deal with. Especially when you work with people who do not know your working standard and start giving you judgement of being so meticulous over small assignments and homeworks. Being a 'normal student' has taught me a lot. Some people may say that I've lost my joy of living as an undergrad student, because my life is only revolved between classes,lectures,room and home. But looking on the bright side, I am free to do things that I like whenever I want. I am never being restricted by tight weekend schedule that does not allow me to go out with my friends and spend time with my family members. 

Pernah dengar pepatah "ular menyusur akar, tidak hilang bisanya"? Give me some rest for about 1 year more, and I'll be back in action and will never take a rest. Insya-Allah.

Oh, another reason why I sort of giving up being in organization is because of them. Tak jumpa lagi team macam ni, the most awesome team I've worked with so far. Walaupun ni zaman sekolah menengah, tak ada team lagi yang boleh kalahkan proses pembelajaran and kematangan yang diperolehi sepanjang bekerja dengan dorang. Tak tipu.
BWP 2008/2009

Saturday, October 5, 2013

Rasa

Cerita tentang rasa -
hati jadi lelah
dan sakit.

Penat menunggu dan ditunggu.
Bilang saja pada dunia
apa yang kau rasa.
Pedulikan kata orang.

Dengar hatimu,
bukan nafsu dan egomu.
Biar jelas pada si penunggu
agar hati tidak berbatu
tanpa kata putus yang satu.

Hanya kata mampu
hilangkan jeruk rasa
buang serabut akal
lenyapkan birat hati.

Cerita tentang rasa-
sampai tamat dunia
tiada penghujung.

Cuma Dia yang pegang,
gerakkan naluri,
suruh kau hakimi sendiri
kerana kau manusia
sebaik kejadian.

Cerita tentang rasa-
walau tak pernah jumpa akhirnya,
tetap tersemat erat dalam jiwa.

05102013/13:06

Friday, September 27, 2013

21 years and counting

26091992 - PRESENT


Terima kasih Tuhan -
untuk nyawa 21 tahun ini.
Moga kau pinjamkan lagi untuk aku terus berbakti,
menjadi abid yang terus tunduk dalam perintahMu,
menggalas tugas khalifah memakmurkan al-Ard Mu.

Terima kasih Tuhan -
untuk nikmat hidup yang telah Kau takdirkan.
Moga apa yang direncanakan merupakan sebaik jalan untukku.

Terima kasih Tuhan -
untuk nafas yang Kau berikan,
ruh yang Kau tiupkan.
Moga dapat digerakkan segala urat nadi untuk bekerja hanya untuk Mu.

Terima kasih Tuhan -
kerana sentiasa memelihara dan menjaga ku
walau aku lalai dalam melaksanakan kehendakMu.


Terima kasih Tuhan -
untuk hari ini.
Semoga esok diberi kesempatan untuk meminjam waktu 
yang telah ditentukan untuk menjadi hamba lagi.

Biidznillah wa Alhamdulillah

*********

Someone asked me, what are my wishes?

I said:

  1. I want a lot of books as my birthday present.
  2. I want to live happily.
  3. I want to stay excellent.
  4. I want to help others.