Monday, April 9, 2012

ummatic talk: part 1

Alhamdulillah. I'm back. Still alive and healthy with a bearable amount of depression. Last week was such a hectic and stressful week for me. With mak being warded to hospital and undergo surgery due to her muscle tearing and snap(?) ligament, my emotion was not in a good condition since I can't be with her due to exam and all. Tengah exam pun, hati susah, bukan fikir apa jawapan, fikir nak balik cepat. Sigh. Done rambling about last week. :)

Last Saturday, I went to a talk at IIUM mosque. They called it as Ummatic Talk. The speaker was Imam Al-Habib Ali Al-Jufri, a Muslim scholar from Yaman if I'm not mistaken. Dah lama dah duk terfikir nak pergi talk ni since banyak kali dah terlepas peluang pergi majlis ilmu macam ni. Ada je syaitan-syaitan menghasut suruh tak yah pergi. So this time, pergi jugak. And jumpa Iilani. :D Alhamdulillah, bila kita pergi majlis ilmu ni, insya-ALLAH, manfaat dia sebenarnya tak ternilai dengan pahala yang endless and doa from malaikat yang never stop selagi kita dalam majlis ilmu and menghormati majlis tersebut. So, apa lagi, lepas ni jom ramai-ramai kita pergi majlis ilmu as our vitamin and supplement for our spiritual needs. Pernah dengar kan, kalau 3 hari kita tak dengar sebarang ilmu, nanti tumbuh satu bintik hitam dalam hati kita.

Ok. Back to what I actually want to share with you. Nak kongsi input yang dapat masa talk tu. Oh and the talk entitled "THE GLOBALIZATION CHALLENGES FOR KNOWLEDGE SEEKERS" 

It was conducted in Arabic and being translated in BM. 

  • Globalisasi yang Imam Habib ni cakap bukan based dari perspektif Barat. Globalisasi ialah meruntuhkan penghalang yang menghalang kita daripada berkomunikasi. Maksudnya, kita nak berinteraksi dengan orang atau apa sahaja, sepatutnya tiada penghalang. It's a kind of open market, if you have nice things to say you can share it or tell others. It act as a way to convey the message of Prophet. We're spreading a good culture.
  • Dengan ada kemudahan teknologi - social media,  satu medium untuk sebarkan dakwah dan kebenaran yang hakiki. Tak ada sebab untuk kita tak sebarkan dakwah atas alasan susah la, apa la.
  • Keadaan orang zaman sekarang bila terima maklumat, it's kind of problem actually of how we perceive the information. Imam Habib senaraikan 3 keadaan masyarakat kita sekarang bila terima sesuatu maklumat;
  1. Kita menerima terlampau banyak maklumat atau ilmu sehingga perkara tersebut mengganggu cara kita berfikir, sebab tak sempat nak digest satu info, datang lagi satu dan lagi sehingga kita tak mampu nak sort out benda yang kita terima. Akibatnya dia ganggu hati dan jiwa, sentiasa tak tenang
  2.  Kita tak pandai nak buat penilaian dari apa yang kita terima. Ini kesan negatif daripada wrong understanding masa kita perceive mix info. Yang A jadi B and vice versa.
  3. We only stop making judgement based on deep surface knowledge. Hasil daripada kecelaruan minda dalam menerima maklumat. Kita tak nak dig in deeper untuk sesuatu benda untuk pastikan sama ada benda yang kita terima tu betul atau salah.
THE CHALLENGES
  1. Masa yang berlalu dengan cepat dengan masalah yang selalu timbul. Maksudnya, kita tak sempat pun nak selesaikan masalah tu within the time, tengok-tengok, come another problem.
  2. People take an advantage from one’s anger to confuse people mind and led to something that is out of Muslims boundary. Macam batu api la.
  3. Cara kita berfikir tidak lurus. Mesti ada unsur-unsur lain yang mengganggu pemikiran kita. Pemikiran yang keliru berlaku apabila manusia hanya berfikir menggunakan akal tanpa membuat pertimbangan dari segala aspek yang lain
  4. Kita ada terlalu banyak pendengar yang ada bias towards what they’ve heard. We focus too much things that is out of the speech content – ehther the speaker is good, handsome, etc., rather than listen well to the text.
  5. Keadaan sekarang – ORANG YANG TAK TAHU APA-APA TENTANG SESUATU BIDANG, TAPI BOLEH BERCAKAP MACAM FIA PAKAR DALAM BIDANG YANG DIA SENDIRI TIDAK MAHIR.

So, what we can do?
  • Apa yang ada dalam diri kita akan menghasilkan apa judgement kita. If we think it is bad, so it’s bad lah.
  • It’s not the things that bad, but it’s all about yourself.
  • Kita kritik diri kita sendiri dahulu apabila kita tahu perkara itu tidak benar. Not pointing fingers to other.
  •  Akui perbuatan itu salah apabila kita salah
  • Everything should have its own weightage on its own. Nothing can empower other things.
  • Nilai sebaik-baiknya segala sesuatu yang berlaku dalam diri kita
  •  Jangan menyerong terlampau banyak.
  • CHECK YOURSELF!
  • Kalau kita tahu benda tu baik, kita SEPATUTNYA tak akan rasa berat untuk lakukan. Kalau ada rasa reluctant tu, something wrong somewhere la tu.
  • Dirikan satu banteng untuk menilai apa yang kita lihat dan dengar.
  • Bersihkan jiwa.
  • Bijak dalam pengkhususan (pembelajaran) kita. Berkhidmat untuk diri sendiri, jujur dengan apa yang kita lihat menggunakan ilmu yang kita ada.
  • Semua ada lawannya, tetapi manusia bersumpah dengan diri sendiri (ada ayat dalam al-Quran, nanti update bila dah jumpa). Tiada lawan kecuali diri sendiri.

Actually, there're more. But I'll continue it in the next post. It's about how we purify our heart. kalau ada sesiapa yang pergi this talk jugak and read this post dan rasa ada point yang tertinggal atau tersalah, boleh share together. :)


No comments: