Cerita tentang rasa -
hati jadi lelah
dan sakit.
Penat menunggu dan ditunggu.
Bilang saja pada dunia
apa yang kau rasa.
Pedulikan kata orang.
Dengar hatimu,
bukan nafsu dan egomu.
Biar jelas pada si penunggu
agar hati tidak berbatu
tanpa kata putus yang satu.
Hanya kata mampu
hilangkan jeruk rasa
buang serabut akal
lenyapkan birat hati.
Cerita tentang rasa-
sampai tamat dunia
tiada penghujung.
Cuma Dia yang pegang,
gerakkan naluri,
suruh kau hakimi sendiri
kerana kau manusia
sebaik kejadian.
Cerita tentang rasa-
walau tak pernah jumpa akhirnya,
tetap tersemat erat dalam jiwa.
05102013/13:06
No comments:
Post a Comment