Saturday, December 31, 2011

of hindustan and exam

Disebabkan next paper aku jatuh pada hari Rabu, yakni bersamaan 4 Januari 20 12, dan saya tersadai seperti ikan paus dekat mahallah UIA yang tercinta ni sebab mak tak bagi balik rumah, maka, inilah aktiviti yang paling produktif yang boleh dilakukan untuk mengisi kesenggangan masa yang ada sebanyak 5 hari ni. Marathon cerita hindustan.

Oh, next paper ialah paper WRITING which is kalau nak jawab tu adalah rasa seram sejuk bagi penulis yang selalu ada writer's block macam aku ni. Bayangkan, dalam masa 2 jam tu, kena tulis 1 page summary based on 5 long pages punya article lepas tu, kena tulis pulak 3 long pages argument essay. Argh, mental jugak aku rasa lepas habis paper writing ni. Alangkah nak menyiapkan 5 pages term paper pun seakan-akan seperti orang meroyan walaupun semua bantuan tinggal nak telan je, mengambil masa selama 13 minggu, ini pulak 3 pages dalam masa 1 jam. Scaryyyy!  Masalahnya, kalau nak suruh study pun, nak kena study apa pun tak tahu sebab sir cakap, it is all based on your language use and how you summarize and paraphrase your idea. 

And, alhamdulillah, 2 papers dah siap - POETRY and POLITICAL SCIENCE. Both were quite okay. Boleh buat. Tapi frust la jugak dengan paper Political Science, sebab carry mark dah okay, tapi final dia, rasa macam nak guling-guling dalam drama hindustan. Soalan dia memang straight to the point, tapi boleh, aku terkebil-kebil nak dekat setengah jam, belek soalan tu tak tahu nak tulis apa. Nak minor in Political Science. I need good grade for this subject. :( Tawakkaltu 'ala Allah.

Jadinya, marilah menghilangkan stress yang ada dengan menonton cerita hindustan yang aku tak tahulah berapa kali ulang tapi tak bosan macam cerita kat bawah ni. Hum Saath Saath Hain. Best. All time favourite movie kot. 

Cepatlah hari Rabu! And cepatlah habis exam!



No comments: