Wednesday, November 23, 2011

doa rabitah

Sebagai seorang Muslim, mesti kita pernah dengar tentang AL-MA'THURAT. Al-Ma'thurat ialah himpunan doa dan zikir yang diamalkan oleh Nabi Muhammmad S.A.W. Biasanya kita amalkan pada waktu pagi lepas subuh sampai sebelum zohor dan dari lepas 'Asar sampai sebelum masuk waktu 'Isya'. The interesting part about Al-Ma'thurat ni is do'a rabitah. Do'a rabitah ni kita baca lepas habis baca ma'thurat. Do'a ni juga dikenali sebbai do'a peneguh hati. Yang membuatkan rasa nak tulis tentang do'a ni sebab semalam baca Al-Ma'thurat dekat masjid sambil tunggu nak pergi kelas malam. Lepas tu ambil, mini ma'thurat yang ada dekat masjid, bila time nak baca do'a ni, tengok sekali imbas dia punya maksud, dekat situ tulis, bila kita baca do'a ni bayangkan wajah kawan-kawan kita and sebab dia dah mudahkan maksud do'a ni - disusun dalam bentuk point, not in paragraph, rasa macam terkesan sangat dengan maksud dia. Rasa sebak. Nak menangis pun ada. Sebab selama ni, baca je doa ni dan maksud dia, tapi tak go in deep sangat.



Ya Allah…
Engkau mengetahui bahawa
Hati-hati ini berhimpun kerana mengasihi-Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu
Bersatu memikul beban dakwah-Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia
untuk menegak dan mendaulatkan syariah-Mu
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini
Akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini
Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini
Dengan makrifat pengetahuan yang sebenar tentang-Mu
Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini
Sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu
Engkaulah sebaik-baik sandaran
Dan sebaik-baik penolong Ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin…



No comments: