Monday, August 15, 2011

hilang.

petang tadi, mak bagitahu satu benda yang selama ni aku tak pernah rasa benda tu hilang daripada diri aku pun, tapi dia perasan tentang itu.

aku dah HILANG diri aku yang mana;

asyiqin yang ada sentiasa ada semangat membara 
asyiqin yang tak pernah rasa putus asa
asyiqin yang akan berusaha untuk dapat apa yang dia nak sampai dapat
asyiqin yang tak akan senang-senang menangis untuk cita-cita dia
asyiqin yang akan jadi heartless bila dia gagal tapi dia akan bangkit
asyiqin yang akan sentiasa semangat dalam segala benda yang buat
asyiqin yang penuh dengan cita-cita besar
asyiqin yang sangat rajin
asyiqin yang nerd.

ini bukan untuk bangga diri. tapi ini bagi aku suatu kehilangan yang seorang ibu rasa apabila anak dia mula jatuh dan perlu ditopang semula. ini rasa seorang ibu yang sebenarnya mahu lihat aku bangun dan bangkit sebagai seorang yang dia pernah lihat dulu. mungkin emak rasa jiwa aku sudah kosong sebab aku sudah jatuh di tempat luka yang sama.

tapi, ini janji qin mak. qin janji untuk jadi seperti dulu. dan buat rasa mak bangga punyai qin sebagai seorang anak untuk segala-galanya.

No comments: