Sebab kadang-kadang aku rasa aku penat jadi kuat sorang-sorang.
Sebab aku sendiri tahu walau macam mana aku kumpul kekuatan aku, mesti aku rebah juga.
Sebab nak jadi kuat sorang-sorang perlu ambil masa.
Sebab banyak benda yang kita perlu belajar.
Sebab kau tak boleh fikir nak jadi kuat setakat patah hati lepastu, "Oh, aku dah kuat dah ni."
Sebab it takes more than a broken heart feeling.
Sebab kekuatan itu kadang kala perlu dikongsi.
Sebab perkongsian kekuatan itu memerlukan satu persefahaman mutual.
Sebab bukan semua orang boleh tahu apa yang kau rasa.
Sebab aku memilih untuk menjadi pemilih.
Sebab nak jaga hati kristal sendiri perlu berhati-hati.
Sebab aku tak nak dia ada secalit sumbing pun.
Sebab aku tak nak bergantung pada orang lain
Sebab kita ada Pemegang dan Pencipta hati yang Satu itu.
Berikan aku kekuatan berterusan ya Allah. Tetapkan hatiku.
No comments:
Post a Comment