Wednesday, November 16, 2011

guru

Baru-baru ni kan ada keluar berita yang mencadangkan supaya para guru bekerja macam office hour tapi kerja lagi awal la kan from 7 am to 4 pm which I strongly disagree to the instruction walaupun baru peringkat experiment lagi. Selama-lamanya aku tak setuju Sebagai anak seorang pendidik, which is my mum, aku tak rasa benda ni patut dilaksanakan. Kesian sangat dekat cikgu-cikgu. kadang-kadang tak payah diarahkan pun, dorang kerja macam kerja orang office. Keluar pukul 6.40, balik pukul 3-4 petang. orang ingat kerja jadi cikgu ni senang agaknya. Setiap hari, ada je perkara baru yang kena mereka hadapi, which is common lah kan untuk semua orang tapi kalau korang kene mengajar 40 orang budak yang jenis susah sikit nak belajar dan setiap hari kena draw their attention to get them focus, adakah anda mampu lakukan semua itu? Truthfully, mak aku ajar subjek Sains Teras untuk kelas aliran sastera which she has to teach kids that have learning problem, ada yang everytime to write a word, he/she needs to look at the white board and copy each letter. Every year ok dia dapat kelas macam tu. Kalau aku la, kan, aku surrender awal-awal. Tu tak tambah lagi kerja pentadbiran, jadi guru penasihat and etc semua. If your mum/dad a teacher, you know it. 

Nanti ada la orang kata pulak, tu la siapa suruh jadi cikgu. Kena la bersedia nak tempuhi segala-galanya. Korang ingat senang ke jadi cikgu weyh. Nak jadi cikgu sifat kasih sayang ni kena menebal dalam diri. Based on apa yang mak aku cerita, guru-guru muda sekarang ni, SEGELINTIR ni lack of love. Kalau dah suruh ajar-ajar je la, despite of everything that happens in the class. Paling kuat pun, tengking suruh duduk dengar apa yang mereka nak ajar. As a growing up kid, memang la tak kan budak nak dengar kalau kena tengking je selalu, aku pun tak kan buat jugak. So there must be a way untuk tarik perhatian budak-budak ni. Setiap hari ok kena fikir cara macam mana nak suruh pelajar dengar cakap kita semua. Itu tak kena face to face dengan parents  lagi kalau ada budak yang jenis spoil brat sikit-sikit nak mengadu kalau kena marah. Stress ok.

Balik rumah - in my case, kena masak lagi sebab kitorang mana ada bibik. Kena jadi macam ibu-ibu lain jugak. Kena masak, kemas rumah semua. Takkan la nak beli makan luar hari-hari and panggil orang indon upah cuci rumah every week. Kalau balik badan dah penat, tambah buat kerja rumah lagi, malam tu badan dah lunyai. Esok kena buat rutin yang sama lagi. Tu untuk weekdays, kalau weekend, nanti hari Sabtu kena pergi sekolah ada course itula, course inilah. 1 sukan la apa la. Seriously, as a child, kadang-kadang rasa mak aku ni macam bapak aku, workaholic gila, macam kerja office. Tak sempat nak spend time masa dengan dia. Kadang-kadang nak ajak dia keluar shopping sama-sama pun kesian sebab ye la weekend the only time dia berehat. Itu tak kira time aku dekat MRSM dulu. Lagila dahsyat. Kalau Sabtu sekolah, hari Ahad, pagi-pagi dah kena masak macam-macam untuk bawa bekal melawat aku kat maktab. Aku yang tumpang stress tengok mak aku macam tu.

Lepastu ada pulak orang cakap, cikgu patut bersyukur sebab gaji cikgu selalu je naik.Banyak complain pulak. Cik abang cik kakak, memang la bersyukur. Tapi orang kerja gomen pun bising, kalau dah tinggal kat KL ni, dah tolak bayar hutang rumah, kereta segala bagai, berapa banyak la sangat dapat. Nak-nak kalau anak ramai. Jangan nak mempersoalkan anak ramai tu eh. Kang tak pasal-pasal dari pandai jadi kurang pandai. Kalau cikgu ni gaji banyak, takdela cikgu-cikgu ni duk sibuk jual Zhulian la, Avon la or any direct selling yang lain, baik pergi spa je hari-hari.

Nanti kalau ada je yang tak kena dengan sistem pendidikan, cikgu jugak yang kena. PPSMI tu, memang mak aku sokong supaya dimansuhkan, kalau kau ajar budak yang tak berapa nak bagus English dia, macam mana, still kena translate in BM, which is berkesan ke tak berkesan? From good perspective, baguslah, guru-guru boleh improve their english, even mak aku pun aku boleh tengok her progress. Tu tak masuk lagi tang masalah disiplin. Kalau aku cerita, 7 hari 7 malam pun tak habis.

Jadi hentikanlah idea suruh cikgu kerja office hour, kesianlah dekat kami, anak-anak cikgu. Dulu boleh je merasa mak balik pukul 1 paling lambat pukul 2. Sekarang dah macam balik kerja sama macam bapak aku kerja office, cuma dia awal je sikit.

Dan hentikanlah komen kata cikgu itu, cikgu ini. Kau jadilah sebahagian daripada keluarga pendidik. Tahulah apa yang aku rasa dan cakapkan ni.

2 comments:

danial hassan said...

tersangat2 setuju dgn statement kau.:D

m.u.f.i.d.a.h said...

100% agreed!