Friday, November 4, 2011

bicara sahabat

Duhai sahabat,
aku tak punya kekayaan ,
aku tak secantik kawan-kawan mu yang lain,
aku tak se"open minded" rakan-rakan mu yang lain untuk berbicara perihal lelaki
aku tak  punya citarasa dalam fesyen,
aku tak mampu nak berbicara bahasa kolonial sepanjang masa

Yang aku mampu,
hanya budi yang tak seberapa,
paras yang sederhana
bicara ukhwah kasih sayang
pakaian yang seadanya
bicara yang sebiasa adanya aku
dan hati yang ikhlas untuk bersahabat sehingga ke syurga dengan mu.

Ketahuilah sahabat,
walau aku tidak mampu menandingimu,
aku tidak pernah rasa kerdil,
kerana aku tahu engkau ikhlas.

Tapi, janganlah sesekali kau buang perhubungan ini,
hanya kerana aku dan kau berbeza
dari dahulu dan sekarang.

No comments: