Tuesday, October 18, 2011

#5 of changing: solat

Bila kita bercakap tentang nak berubah atau berhijrah, kebanyakan dari kita mesti ada pandangan skeptikal.

“Eiii, kau nak jadi ustazah eh.”
“Eh-eh, dah alim la kau ni.”

Kadang-kadang kita boleh hilang kawan sebab satu penghijrahan. Penghijarahan ke arah kebaikan merupakan satu permulaan untuk membina satu lagi fasa kematangan dalam diri kita. Kita nak berhijrah ni kena luaran dan dalaman. Tak boleh la kan kata dah pakai tudng dari tak bertudung is a complete hijrah. Dalaman juga mesti kena bentuk. Solat. Mudah je kan perkataan tu. Tapi, masya-ALLAH, nak laksanakan tu, macam payah je nak buat.

Jom kita tengok situasi yang selalu berlaku.

Kalau nak bangun Subuh tu, aduhaiiii susahnya. Nak-nak kalau tengah mimpi indah, sejuk pula tu. Sedap kalau sambung tidur lagi ni. Nanti-nantilah. Tengok-tengok bagun matahari dah tinggi atas kepala. Dah terlepas satu waktu fardhu. Kita jalankan aktiviti harian kita, dengar pula azan zohor dah masuk, tengah makan sedap ni, baru nak suap mulut nak makan.

 “Eh, nak makan ke, nak solat? Ala, makan je lah dulu, Nabi kan kata kalau perut tengah lapar, makan dulu, takut nanti solat tak khusyuk.”

Kita pun makanlah dengan suka hati sampai terbaring kekenyangan. Lepastu, syaitan pun mula meniup-niup mata kita suruh kita tidur. Kita pun tergoda dengan niat pukul 3 nanti bangunlah solat zohor. Malangnya, tiupan nafas syaitan ke kelopak mata kita ni terlampau kuat sehingga terlajak ke maghrib pulak. Asar pun dah ditinggalkan. Dah 3 solat fardhu dah kita tinggalkan untuk hari ini. Maghrib pulak, bangun lapar, kita cari makanan dulu bukan solat dulu. Dah habis makan, baru ingat nak solat Maghrib, tengok-tengok dah azan Isya’ pulak.

“Ah, takpe, Isya’ kan panjang, kita enjoy dulu.”

Dan kita pun buatlah apa yang kita rasa kita nak buat sampailah kita tertidur sehingga keesokan paginya. Sehingga akhirnya, satu hari itu, kita tak solat langsung.

Bayangkan jika kita lakukan semua ini setiap hari. Satu tahun ada 365 hari, kalau hari-hari kita buat, kiralah berapa banyak solat fardhu dah kita tinggalkan.

Tapi, sayangnya ALLAH pada kita, dia tetap berikan kita udara untuk bernafas. Rezeki yang kadangkala melimpah ruah walau sedikit pun kita tak pernah mengabdikan diri padanya. Dia tetap makbulkan apa yang kita minta walaupun kita tak pernah pun luangkan masa dengan Dia. Kita lah kan sebagai manusia, kalau kita tak kenal orang tu, tiba-tiba mintak duit, ada kita nak bagi tak. Mesti tak kan. Tapi ALLAH sebagai Ya Rahman dan Rahim tetap berikan apa yang hambanya hajati. Lihat pada perkataan ‘HAMBA’ tu. Kalau ikut pada sistem kasta manusia, hamba ni ranking dia bawah sekali. Kita ni pun sebenarnya macam tu juga dengan ALLAH. Adakah ALLAH yang kena tunduk pada kita sedangkan Dia-lah yang mencipta kita, Dia-lah Tuan kita. Jadi, hamba kena patuh dengan Tuan. Bukan ingkar dengan Tuan.

Sebenarnya, nak solat ni mudah je. Siapa yang kata susah. Orang kata susah lah kalau perempuan terutamanya kena pakai telekung lah, apa lah. Sebenarnya, kita tak perlu pun pakai telekung nak sembahyang, asalkan pakaian kita diyakini bersih dan menutup aurat, mudah sahaja melakukan solat. Sebab itu Islam mewajibkan perempuan menutup aurat. Nampak tak perkaitannya dekat sini. Kalau pakaian kita seperti yang dituntut syariah, rasanya tak kan ada timbul isu susah nak sembahyang sebab takde telekung. Untuk bahagian kaki tu, bawaklah extra stokin kan. Lelaki lagi senang. 

Solat ni juga sebagai satu tanda kita bersyukur dengan ALLAH. ALLAH dah bagi kita macam-macam nikmat dekat dunia ni, takkan lah kita tak nak bersyukur. Contoh, kita dah masuk university, kalau siapa yang dapat biasiswa tu lagi lah bertuah kan, tak rasa bersyukur ke? Bayangkan kawan-kawan kita yang tak dapat mana-mana. Katakana lah, sesuatu berlaku, dalam sekelip mata, kita ditendang keluar dari university. Nauzubillah. ALLAH tarik balik semua nikmat in just a blink of eyes je. Terduduk sekejap kita. Masa itulah kita baru nak muhasabah diri kita balik. Teringat mak selalu cakap, kalau kita dah ada rezeki depan mata, dah dekat dengan genggaman kita dah ni, tiba-tiba terjatuh, kita kena check balik hubungan kita dengan ALLAH. Pertama sekali, check solat kita. Adakah kita menjaga hubungan kita dengan ALLAH sebagaimana kita jaga hubungan kita dengan kawan-kawan kita atau dengan boyfriend/girlfriend kita?

Sebenarnya, apabila kita luangkan masa kita walaupun 5 minit untuk sembahyang, ajaibnya, ALLAH akan beri kita masa yang lebih banyak sampai satu tahap kita pun tak tahu nak buat apa. Walaupun waktu itu kita dalam keadaan tergesa-gesa, insya-ALLAH, keadaan akan menjadi tenang. This was happenned to me many times. Tengok betapa ALLAH sayangkan hamba-hambanya.

Kalau kita rasa macam susah je nak solat, kita mula perlahan-lahan. Tapi hati kena kuat, kena istiqamah. Tak perlu nak sembahyang sunat dahulu. Yang penting apabla solat fardhu kita dah sempurna boleh la teruskan dengan amalan sunat yang lain. Berkawanlah dengan orang yang menjaga solat, insya-ALLAH, lama-lama sifat tu akan melekat dalam diri kita.

Aku pun pernah melalui situasi yang di atas. Pernah melalui satu fasa yang rasa susahnya nak solat ni. Tulah, hidup ni sebenarnya kita kena banyak muhasabah diri. Kita akan temui jalannya. Niat yang baik, ALLAH akan tolong diri kita.

Semoga kita sama-sama dapat berubah kearah kebaikan.

Teringat satu quote ni “ Solat yang sempurna melahirkan peribadi yang sempurna.”

Listen to this poem on jannah. It is so beautiful. :)


No comments: