Tuesday, December 7, 2010

awal muharram

hari ini dah 1 MUHARRAM 1432 H. maknanye dah tahun baru. semua orang kalau naik tahun baru, tak kisah la tahun masihi ke hijrah ke, semua nak ada azam baru. azam itulah, azam inilah. tapi kalau listkan balik, sebenarnya tercapai ke tak azam yang dah lepas. kita muhasabah balik sepanjang tahun yang lepas, adakah benar kita laksanakan apa yang telah kita niatkan? adakah niat itu membawa kita kepada kejahatan atau kepada kemungkaran? kalau kebaikan, alahamdulillah, ALLAH sedang buka pintu hati kita untuk menjadi hamba yang lebih baik. kalau lebih kepada kemungkaran, kita 'zoom' balik niat kita yang dahulu, sama ada niat kita untuk berazam itu adalah kerana ALLAH atau sebaliknya.

ya, aku akui, kadang-kadang kita berazam untuk menjadi yang lebih baik itu kerana ada ganjaran duniawi yang mendorong kita untuk berubah. tapi perlu diingat, adakah kejayaan yang diperolehi hasil dari niat di hati benar-benar diberkati? berdasarkan apa yang aku pernah alami, jika kita sandarkan niat kita bukan kerana lillahitaála, kita akan berasa sesuatu yang kosong dalam perasaan walaupun kita sudah berjaya melaksanakan sesuatu itu. justeru, hendaklah kita tetapkan niat di dalam hati, segala pekerjaan yang kita hendak lakukan, hendaklah atas landasan kerana kita hamba-NYA. maka kita melakukan sesuatu itu perlulah ada rasa untuk mendapat ganjaran iaitu ganjaran ketakwaan, keimanan, keredhaan dan keberkatan dari NYA.

aku tak azam yang hebat-hebat pun. cuma minta ALLAH murahkan rezeki untuk diri sendiri, keluarga, dan rakan-rakan yang disayangi. mari sama-sama kita minta kepada ALLAH agar dilindungi dunia dan akhirat.

semoga tahun yang baru membuka hati dan jiwa untuk lebih mendekatkan diri kepada ALLAH, mengenal pencipta-NYA, mengubah diri kepada yang lebih baik, istiqamah dalam perbuatan dan sentiasa menyayangi dan memaafi. SALAM MAAL HIJRAH 1432H.
my pray is always with all of you. :)

No comments: