Sunday, February 21, 2010

kita bagi peringatan

tadi aku terbuka hati nak tengok halaqah dkat tv9. sebab tajuk dye best, SOLAT DARI HATI. huhuhu. insaf sungguh, sebab kalau kita fikir-fikirkan balik, solat yg kita buat tu diterima ke x? pastu ada ustaz tu cakap, kalau solat kita x sempurna, buruk, amalan kita yg baik2 even haji pun akan jadi x sempurna, walaupun kita yakin gila yg kita dh jaga amalan tu sebaik mungkin. kita jaga segalanya lah. perlakuan dan egala-galanya supaya kita  punya malan jadi sempurna. tapi ustaz tu ckap lagi, kalu solat dh x sempurna, yg lain2 tu, jgn haraplah jadi perfecto. huhu. takut aku. kdg2 aku ni smayang pun bukan khusyuk pun.so, sekarang ni, kita kena start balik check diri kita, termasuk aku.

and another one thing, sebenarnya kan, selama kita hidup ni, kita sentiasa perlu dan bergantung kepada ALLAH. ramai orang*termasuk aku* bila ditimpa kesusahan or nak mintak ape2 bru jumpa sejadah and berdoa. pastu bila aku fikir2 balik, bila kita smayang, kita mohon benda yg kita hajati, bila dh dapat, mesti kita mintak benda lain pulak, bile dh dapat, kita kan ulang benda yg sama, sampai kalau kita dh nak mati pun kita kan doa untuk mati dlam keadaan yg baik. namapak x, sepanjang kita hidup kan. memang kita akan selalu minta kepada ALLAH. and, mak aku sallu ckap, ALLAh suka kepada hambanya yg selalu berdoa kepadanya dan dia selalu berpesan, apa-apa pun, sentiasa kembali kepada ALLAH sebab Dia yang Maha Berkuasa

ni ada doa yg boleh murah rezeki. SELAWAT TAFRIJIYAH.
 hafal and jadikan amalan

"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam".

Selawat Nariyah disebut juga selawat "Tafrijiyyah" yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.


Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan apa-apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau di dalam menghadapi orang yang berniat jahat maka selawat ini bolehlah dibaca sehingga 4,444 kali.


Kata Imam Addainuri Rahimahullah sesiapa yang membaca selawat ini setiap selepas solat fardhu sebanyak 11 kali yang dijadikan wirid nescaya tidak putus rezekinya dan ia akan mencapai ke derajat yang tinggi. Kata Al_Qurtubi pula sesiapa yang membaca selawat ini setiap hari sebanyak 44 kali nescaya Allah SWT hilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala peluang berkebajikan dan dikasihi oleh orang ramai.

1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.

2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.

3. Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.

4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444 KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat.


No comments: