Credit: Fedtri Yahya's IG
***********
Diceritakan oleh Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.
Pada suatu hari Rasulullah saw duduk bersama sahabatnya & bertanya kepada mereka.
Pertanyaan pertama ditujukan kepada Saidina Abu Bakar ra: Apa yang kamu suka dari dunia ini?
Dan berkatalah Saidina Abu Bakar, aku suka dari dunia ini 3 perkara:
1. Duduk bersama Rasulullah saw.
2. Melihat wajah mu Ya Rasulullah saw.
3. Aku korbankan harta ku untuk mu Ya Rasulullah saw.
Lalu Rasullah saw bertanya kepada Umar ra: Bagaimana pula dengan mu wahai Umar?
Jawab Saidina Umar, ada 3 perkara juga yang aku suka:
1. Membuat kebaikan walaupun dalam keadaan manusia tidak mengetahuinya.
2. Mencegah kemungkaran walaupun dalam keadaan terang-terangan.
3. Berkata yang benar walaupun pahit.
Bagaimana pula denganmu wahai Uthman?
Berkata Saidina Uthman ra, ada 3 perkara yang aku suka:
1. Memberi makan.
2. Memberi Salam.
3. Solat malam di waktu manusia tidur.
Dan bagaimana pula dengan kamu wahai Ali?
Jawab beliau, aku juga cintakan 3 perkara:
1. Memuliakan tetamu.
2. Berpuasa di musim panas.
3. Dan memukul musuh dengan pedang (jihad). Kemudian bertanya Rasulullah saw pada Abu Dzar, apa yang kamu suka di dunia ini?
Berkata Saidina Abu Dzar ra, aku suka 3 perkara di dunia ini:
1. Lapar.
2. Sakit.
3. Mati.
Rasulullah bertanya, kenapa wahai Abu Dzar?
Jawabnya:
Aku sukakan lapar kerana untuk membersihkan hati.
Aku sukakan sakit kerana untuk mengurangkan dosaku.
Aku sukakan maut kerana untuk bertemu tuhanku.
Kemudian bersabdalah Rasulullah saw, aku cintakan dari dunia ini 3 perkara:
1. Wangian.
2. Wanita yang solehah.
3. Sembahyang menjadi penyejuk hati ku.
Di waktu itu turunlah malaikat Jibril as memberi salam pada Rasulullah saw & para sahabat.
Kemudian malaikat Jibril mengatakan, aku sukakan di dunia kamu ini 3 perkara:
1. Menyampaikan risalah.
2. Menunaikan amanah.
3. Cinta terhadap orang miskin.
Lalu malaikat Jibril naik ke langit & turun sekali lagi ke bumi & berkata: Sesungguhnya Allah swt mengucapkan salam kepada kamu semua & Allah swt berkata sesungguhnya Allah suka pada dunia kamu ini 3 perkara:
Lidah berzikir, hati kusyuk & jasad yg sabar ujian
**********
Will be deactivating Facebook and Twitter after finals. Blog, Instagram and Gmail will be the only media for me to stay virtual. I think it is time to go back and be conservative. The time when I only rely on books, TV and newspapers as my only source of knowledge. That's the only way I can sharpen back my thought and think as fast as lightning (literally).